POWER SYSTEM SOLUTION SDN BHD 741032-U
Power System Solutions Sdn Bhd telah ditubuhkan bagi menaik taraf Qifays Enterprise daripada sebuah syarikat perkongsian kepada sebuah syarikat Sdn Bhd
Ianya telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 14hb Julai 2006 dengan pemilikan 100% bumiputera.
Power System Solution Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berdaftar sebagai Kontraktor Elektrik dan juga Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dengan Suruhanjaya Tenaga. Disamping itu ianya juga didaftarkan sebagai Kontraktor Kelas G3 CIDB serta sebagai Kontraktor Berdaftar untuk perolehan kerja kerajaan.
Power System Solutions Sdn Bhd juga adalah kontraktor dan pembekal bumiputera yang telah berdaftar dengan Kementrian Kewangan Malaysia.